Senin, 23 November 2009

Cinta dari Allah

"Tuhan memberi kita dua kaki untuk
berjalan, dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar dan dua
mata untuk melihat.
Tetapi mengapa
Tuhan hanya menganugerahkan sekeping
hati pada kita? Kerana Tuhan telah
memberikan sekeping lagi hati pada
seseorang untuk kita mencarinya. Itulah
namanya Cinta...



Jangan sesekali mengucapkan selamat
tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu
masih merasa sanggup. Jangan sesekali
mengatakan kamu tidak mencintainya lagi
jika kamu masih tidak dapat
melupakannya.



Cinta datang kepada orang yang masih
mempunyai harapan walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih
percaya, walaupun mereka telah
dikhianati. Kepada mereka yang masih
ingin mencintai, walaupun mereka telah
disakiti sebelumnya dan kepada mereka
yang mempunyai keberanian dan keyakinan
untuk membangunkan kembali kepercayaan.


Jangan simpan kata-kata cinta pada
orang yang tersayang sehingga dia
meninggal dunia , lantaran akhirnya
kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta
itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan
kata-kata cinta yang tersimpan
dibenakmu itu sekarang selagi ada
hayatnya….



Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu
dan bercinta dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang
tepat, kita harus mengerti bagaimana
berterima kasih atas kurniaan itu.


Cinta dapat mengubah pahit menjadi
manis, debu beralih emas, keruh menjadi
bening, sakit menjadi sembuh, penjara
menjadi telaga, derita menjadi nikmat,
dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang
yang tidak mencintaimu, tetapi lebih
menyakitkan adalah mencintai seseorang
dan kamu tidak pernah memiliki
keberanian untuk menyatakan cintamu
kepadanya.


Seandainya kamu ingin mencintai atau
memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting
sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu
mencium harum mawar tersebut tetapi
kadangkala kamu terasa bisa duri mawar
itu menusuk jari.


Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah
ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk
menemukan bahawa pada akhirnya menjadi
tidak bererti dan kamu harus
membiarkannya pergi.


Kadangkala kamu tidak menghargai orang
yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehinggalah kamu kehilangannya. Pada
saat itu, tiada guna sesalan kerana
perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar
siapa dia sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu
diungkit lagi kiranya kamu benar
menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari
hempedu .Teman percintaan ialah sayu
dan pilu, namun demikian, dara dan
teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke
dalamnya kerana dianggap seperti lautan
madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta
juga dapat membuat orang sihat menjadi
sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang
normal menjadi gila, orang kaya menjadi
miskin, raja menjadi budak, jika
cintanya itu disambut oleh para pecinta
palsu.


Berkemungkinan apa yang kamu sayangi
atau cintai tersimpan keburukan di
dalamnya dan berkemungkinan apa yang
kamu benci tersimpan kebaikan di
dalamnya.


Cinta kepada harta ertinya bakhil,
cinta kepada perempuan ertinya alam.
Cinta kepada diri ertinya bijaksana,
cinta kepada mati ertinya hidup dan
cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam
bercinta ke dalam laut, pasti ia akan
membawa seekor ikan. Lemparkan pula
seorang yang gagal dalam bercinta ke
dalam gudang roti, pasti ia akan mati
kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam
semua bahasa manusia dan alam , tetapi
tidak mempunyai perasaan cinta dan
kasih, dirimu tak ubah seperti gong
yang bergaung atau sekadar canang yang
gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan
adalah hal terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi
tiada siapa yg pandai menilai cinta
kerana cinta bukan objek yg boleh di
lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta
hanya dapat ditilik melalui hati dan
perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi,
menghancurkan batu, membangkitkan yang
mati dan meniupkan kehidupan padanya
serta membuat budak menjadi pemimpin.
Inilah dasyatnya cinta !


Permulaan cinta adalah membiarkan orang
yang kamu cintai menjadi dirinya
sendiri, dan tidak merubahnya menjadi
gambaran yang kamu inginkan.
Jika
tidak, kamu hanya mencintai pantulan
diri sendiri yang kamu temukan di dalam
dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan
jatuh cinta. namun apabila sampai
saatnya itu, raihlah dengan kedua
tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi
dengan sejuta rasa tanda tanya
dihatinya...

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah
dituturkan dari mulut ke mulut tetapi
cinta adalah anugerah Tuhan yang indah
dan suci jika manusia dapat menilai
kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai
juga memang mudah. Tapi untuk dicintai
oleh orang yang kita cintai itulah yang
sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk
mengecewakan, lebih baik cinta itu tak
pernah hadir..

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh
membuat kita hilang kewarasan fikiran.
Cinta juga sebenarnya indah jika pandai
menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh
jadi racun jika tersalah tempat. Apa
pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi
membuktikan cinta yang suci tanpa
menodai keaslian pantai itu. Cinta
sebenarnya tidak buta. Cinta adalah
sesuatu yang murni, luhur dan
diperlukan.Apa yang buta ialah bila
cinta itu menguasai dirimu tanpa
pertimbangan...